Archive for January, 2007

kEnaNgaN tEriNdaH

Wednesday, January 24th, 2007

Alhamdulillah…aku bersyukur sangat..akhirnya dapat jugak aku tawan GUNUNG KINABALU…sebelum nak pegi tu mcm2 dugaan..berita banjir,tanah runtuh,ujan x berhenti2…sampai mak ayah aku bising xkasi pegi…aku bkeras nak pegi gak..aku wat solat hajat..berdoa byk2 supaya aku dapat gak pegi n cuaca kat sana OK…memula starting nak naik ok lagi..tapi maser 3-4 km tu phyco skit..mencanak n byk tangga batu…pancit gak la…yang PASTI aku PESERTA no 3…yeyeyeyyeye…AMRU kalah…blakang aku…hohohohohoho…tapi maser puncak aku blakang AMRU..alah dier sajer xkasi aku depan dier…hampeh…xper yg penting aku sampai puncak sblm sunrise…misi BERJAYA…yosh!!!!!

Pulau Manukan pun best…1st time aku snorkling…cuak gak lah..tapi best gak..ni raser teruja nak snorkling lagi ni…hhohohoho…

kepada team KINABALU seramai 23 orang (8 pompoan,15 lelaki) iaitu Amru FM (pemenang pingat emas puncak kinabalu), fahmi(leader kinabalu), syah leader (pancit gak rupanya),irdhan (pening2 gak),ruzman (pengguling ATAT leader), fitri (makan kuat), aMir musTaffa (laGi kuAt mkn dari fitri),amiR hasYim (badaNg ATAT), syah K.S (ader skandal ngan H**i),borN (xbawak peti ais),black(pancit gak mamat nih),heLmy (garang jugak yek??),wan(peserta xsampai puncak),hapiz scan (asyik kene tinggal dgn aku),fadhil (baik sungguh mamat nih)…bagi peserta perempuan plak ialah murni(perenang terhebat),kak lea(sporting beb!!!),yuN (cooL),nana(pancit gak),mira(control cute), erda(chayok!!!),hani(peserta paling fit) n lastly aku la…peserta paling ceria…SAYANG KAMU semua…semoga kiter semua akan jadi lebih ceria bersama…yosH!!!!!

PeNaNtiaN

Monday, January 8th, 2007

Sepi di kamar ini
Hanya lilin menerangi
Beginikah seksanya hidup dalam penantian
Di kabur tirai malam
Ada insan kesepian sendirian

Setiap detik-detik ku lalui
Jiwaku gelisah membisu
Tetap setia menantimu
Bayanganmu entah di mana
Mengapa harus kita ditemukan
Kalau akhirnya meresahkan
Apakah aku hanya satu persinggahan
Pengubat rindu

Kau dahagakan
Aku kehausan
Setitik rasa
Pada bayangan yang tak pasti

Kau nyalakan perasaan
Mengukir kemesraan
Mungkinkah ada sinar bersama impianku
Dan telahku duga suasana
Keindahan seketika
Aku tetap menantimu

Kau dahagakan aku kehausan
Setitik rasa
Aku tenggelam kehampaan sendirian
Sepi di kamar ini
Hanya lilin menerangi
Beginikah seksanya hidup dalam penantian
Di kabur tirai malam
Ada insan kesepian sendirian

Mana sinaran terangilah hidupku
Tak sanggup lagi

Aku SEPI


MeNgaPa

Sunday, January 7th, 2007

Mengapa kau pergi
Mengapa kau kecewakan
Mengapa kau
hancuri
Mengapa kau menghinakan

Mengapa kau sakiti
Mengapa kau melukakan
Mengapa kau
memberi
Mengapa kau
melupakan

Mengapa kau akhiri
Mengapa kau memulakan
Dengan getaran jiwa
Ku kemukakan pertanyaan

Tak ingin ku kau pergi
Tak ingin ku dikecewakan
Tak ingin cinta dinodai
Tak ingin dihancurkan

Tak ingin ku disakiti
Tak ingin ku dilukakan
Tak ingin ku kau beri
Bila kau melupakan

Tak ingin ku diakhiri
Bila kau memulakan
Dengan perasaan hampa
Ku meminta jawapan